Pengenalan Portal Produk Sarawak

23 Jun 2019 | Aktiviti Terkini

Pada tarikh 22 June 2019, Pusat Internet RPR Bandar Baru Permyjaya telah menyertai Hari Terbuka Pusat Internet Kampung Luak yang telah diadakan di Pusat Internet Kampung Luak sendiri dari jam 8:00 pagi sehingga 2:30 petang. Hari Terbuka ini telah disertai oleh komuniti setempat Kampung Luak. Sepanjang Hari Terbuka berlangsung, satu ceramah mengenai pengenalan portal produk Sarawak telah diadakan.

Tujuan pengenalan kepada portal produk Sarawak diadakan adalah untuk membantu para usahawan mendaftar produk jualan mereka di dalam portal produk Sarawak di samping membantu para usahawan untuk mempromosikan produk mereka melalui portal ini dan juga media sosial yang lain seperti Facebook dan Instagram.

Antara kebaikan yang diperoleh melalui ceramah pengenalan portal produk Sarawak ialah para usahawan dapat meluaskan pasaran mereka dan berniaga di atas talian. Selain itu, ia juga dapat mendidik para usahawan untuk menjadi celik IT.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali